huzaifah_khan

huzaifah_khan
just be yourself,,

Thursday, 31 March 2011

Comey tak hiasan kek budak SPK

Hai.. opsss.. assalammualaikum.. kepada semua.. salam 1 malaysia.. hari ni aku kat kolej belajar cara untuk hias kek menggunakan piping jeli dan sugar sheets.. aku lebih suka buat sugar sheets, sebab cara buat die tak begitu rumit.. senang jer, cuma letak edible photos image kat atas kek tersebut, ada macam2 gambar yang boleh kita pilih.. kemudian hias la tepi2 kek tu.. kalau piping jeli ni pula, rumit sikit.. sebab kena letak2 warna... tukar2 warna.. kiteorang guna piping jeli segera, so tak payah la susah2 nak bancuh, tinggal letak warna yang kita suka jer, lepas tu terus buat corak yang kite suka. Sebelun nak letak piping jeli tu, kite kena lukis gambar pape yang kite kat atas kertas minyak., supaya senang nanti nak tekap kat atas kek, pas tu guna coklat masakan lukis ikut garisan hingga jadi gambar yang kite nak.. biar sejuk. Bila dah sejuk, kite lekatkan gambar tadi atas kek yang telah dibalut dengan buttercream, kemudian  boleh la hias kek tu guna piping jeli yang warna-warni.. siap..=)

tu lah yang aku belajar hari ni.. penat juga,, baru lah aku tahu bukan senang nak hias kek ni.. kalau lebih hiasan pun jadi burok.... kalau sikit sangat hiasan pun terlampau simple.. tapi, simple lagi better la kan.. so, kite kena lah pandai.. betul tak? untuk permulaan, salah pun tak per.. janji berani mencuba sesuatu yang baru... chayok!

PIPING JELI

Bob dengan su tengah buat  gambar doraemon
doraemon warna ungu,, mungkin doraemon demam kot.

Mas pula buat gambar patrik, comel sangat..
aku suke yang ni, tapi aku tak nak beli la, free boleh



Khusyuknya ita lukis gambar doraemon tu
aik,, nak lawan dengan bob ker..
semoga berjaya la,,!




SUGAR SHEETS


ni ialah hasil aku buat,, lebih kearah kanak2 riang kan..
                                                                                                                                                                             
seterusnya,, dari kak etah,, cantik
                                                                                    

Akhir sekali dari intan, simple but nice!
                                                                                                                                                                                               
SEKIAN

Wednesday, 30 March 2011

Love story about SPK

      assalammualaikum..
kawan2 ku tersayang.. dengarlah cerita ini gerenti best..
 Cerita ini pasal family kami, best giler gua cakap sama lu..! nak tahu bace la dulu.. Ibu kami Puan nor azila binti anuar namenya.. sentiasa ayu setiap masa.. nak menjaga 16 orang anak. 4 putera dan 12 puteri. fuh!! boleh pecah kepala dibuat kami semua. Cerita nya bermula dari bob die ni abang kami yang paling malas maklum abang sulunhkan..banyak sangat buat hal.. tapi die la satu-satunya abang yang sanggup berkorban apa sahaja demi adk-adknya.. Wani ni kakak kami.. die sangat suka dengan aktiviti sukan die..macam futsal ker..maskom ker..hehe.. die memang berbakat.,tapi kalau die dah marah..bergegar rumah dibuatnya..ditambah pula dengan kekecohan, fizi, anis dan intan yang kebudak-budakan tak faham keadaan sekeliling.. kalau dimarah pun, macam tak ade perasaan jer.. naik gile kami dibuatnya.. apabila bergegas zai dan fina datang untuk meredakan keadaan dirumah, itulah tanggungjawab yang dipikul oleh kakak2 kami yang paling tua... tanpa mereka huru-hara kami nanti.. Namun begitu, ina, ana, dan mas pula sering keluar rumah, buzy la katakan gile fotografi,urmm apa2 jer la,.. kita terjah pula cerita iqbal dan acap mereka ni sering jer berselisih faham macam burung merak dan burung gagak ( peribahasa baru )  dieorang ni suka sangat berebut " remote control " jer.. Acap ni suka sangat tengok spongebob tapi yang peliknya watak kegemaran die 'MR.GRAB'.. mybe hampir sama kot watak die tu.. iqbal pula suka tengok " POWER RANGERS" urmm..apa2 jer la..gelabah betul.. antara semua adik dan kakak kami kak itah, mira dan ecah adalah family kami yang  boleh dikatakan pendiam juga.. tapi kalau si ita ni.. menyempreng,, kecut perut kami semua.. takut..!! tapi die tetap p'nyayang.. Su pula, adik perempuan kami yang tak matang langsung.. tapi die atlet.. die ni kalau dah bercakap tak reti nk stop.. asyik nk ikut cakap die jer.. lastly,, itulah dia asam garam kehidupan kami, walau apa pun kami tetap bersatu hati untuk menjadi kebanggaan ibu kesayangan kami..=)
seribu kemaafan dipohon kalau ada sesiapa yang terasa.. kami hanya bergurau..

Tuesday, 29 March 2011

aku suka lolipop




Lolipop sangat comel la.. i love it!! bila tengok jer, mesti rasa mcam nak beli.. lagi2 lolipop yang colourfull tu..e.. comey nye.......... rasa sayang sangat nak makan.. hehe.. aku suka benda2 yang comel nie,, walaupun aku ni tak comel..  ( pengakuan jujur zai ) hehe.. kalau aku tak comel pun aku tetap suka benda yang comel.. haha..




lolipop ni khas untuk semua.. love you all..







HaAH!!!Pernah dengar atau tengok tak cerita korean princess hour? ataupun prince hour?? aku suka sangat tengok cerita tu,, aku pun tak tahu kenapa aku suka tengok cerita korean ni.. cerita cina pun aku suka tengok juga.. tapi mengenai cinta la..hehe.. mungkin sebab aku dah biasa tengok cerita cina,, time sekolah rendah aku sekolah cina.. aku pun tak tahu kenapa family aku masukkan ke sekolah cina.. aku nak bagitahu dalam cerita princess hours ni, ada banyak teddybear yang cute2 tau..aku memang suka sangat........haha..pelakon pun ramai yang comel2 @ hsem2 la.. boleh jatuh hati woo.. hehe.. jalan ceritanya pun boleh tahan juga.. sesiapa yang ada minat yang sama dengan aku mesti tengok cerita ni.. betul tak..,,




ni la hero dan heroin princess hours,, tak sangka pula dieorang pun suka lolipop..hehe.. so sweet



ni antara gambar teddybear dalam cerita princess hours tu,, comey2..
ada banyak lagi koleksi yang lain..





Bosan la.. macam nie..

bosan nye........ aku tak baik2 lagi dengan mr.cuk.. sdh la.. knp perlu bergaduh?? why?? tapi, aku cuba buat tak tahu jer.. aku cakap elok2 pun tak una juga mesti aku juga disalahkan nye,, biar la..ok.. lepas majlis penutup integrity tu.. ada juga class rupa nye.. aku ingat semua class dah dibatalkan,,hehe.. kiteorang lepak kat bilik kuliah la.. ada yang buka fb..ada yang tengah layan lagu yang gile2,, macam2 la.. pening aku.. aku pula tak tahu nak buat ape.. nak download lagu.. aku tak bawa laptop.. so.. aku bergambar la..haha.. kalau nak tahu, aku memang minat bab gambar2 ni.. kawan2 aku pun minat juga.. ha.. lagi2 si ina tu.. pantang nampak camera.. semua gambar die.. huh! gelabah..haha..aku cadang nak tukar kos.. nak ambik animasi.. tapi, ramai yang cakap kos tu susah nak buat duit.. jadi aku ambik la kos yang senang nk cari duit.. fotografi aku boleh ambik sebagai sampingan jer kot.. betul tak..?


anis, zai and su



anis and zai
                                                                                                             
                                                                                                                                            

hari integrity di kolej komuniti

assalammualaikum semua,,.
 hai.. hari ni kat kolej ada majlis penutup hari integrity,, dan majlis perpisahan bersama pengarah.. pengarah kolej komuniti sabak bernam akan ditukar tak lama lagi,.. ramai yang datang dewan untuk dengar ceramah.. ada juga persembahan nasyid.. boleh tahan juga suare dieorang tu.. tak sangka ada juga bakat tersembunyi,,. selain tu,. budak2 prs pun sibuk jual button integrity.. sambutan boleh tahan, ramai yang beli.. penat kiteorang nak kira duit,, hehe.. button ni direka oleh  pensyarah kolej komuniti sendiri,,comel juga budak2 yang jual button ni kan..haha.. sekian..

maaf yer, yang kt belakang tu memang pantang tengok orang lain bergambar,
mesti nak sibuk juga..

ni adalah 3 rekaan button, comel tak?

aku dan yati
saya huzaifah!!

ni la budak nasyid KKSB






Monday, 28 March 2011

kami yang comey,,haha

elok sangat la ni,, time tengah class sempat lagi nak bergambar,, hehe..





semua gambar ni time tengah class, memang bgs2 la bdk SPK ni,, cik wana suruh buat kerja,.kerja lain pula dibuatnye,,hehe.. maaf la cik :)

happy+sad = stress zai !!

Today.. chewah,, nak speaking la pula.. hari ni dah kena masuk class balik,,bosan nye... malasnye aku sekarang ni.. tapi aku kena juga belajar,, dah sem4 ni.. kena belajar betul2 !! huh! pagi tadi sebelum pergi class aku dah call mr.zamri.. suare die baru bangun tido..e.. comey!..hehe,, puji pakwe sendiri pula.. tak ade la,, gurau jer,,. nampaknye die dah tak marah kat aku? bersyukur aku,.. aku bukan ape.. malas dah nak bergaduh-gaduh ni.. pening la,, aku nak couple dengan bertenang jer,.boleh tak?? lepas habis class aku mesej la die.. aku ade tersalah cakap.. tak sengaja.. serius,, cowie honey..=( tapi, die dah macam tak dek mood la pula.. die cakap nak rehat.. aku dah agak dah mesti die dah tak dek mood.. aku pun emo la.. macam2 aku cakap.. aku ni tak berapa pandai pujuk le..lastly, bergaduh la lagi.. ok, fine! memang aku bengang, tak boleh nak tahan tahap sakit hati ku ini! haah! aku tak nak mesej die,.. aku nak die juga mesej aku,..!! bia la die nak cakap aku ego ker.. pape pun tak per,.. i dont care,, whatever!





huzaifah and ahmad zamri..
aku dah merajuk tak nak tengok die,,.......die tengok aku pun aku jeling jer.. haha

Saturday, 26 March 2011

Apa la yang nak jadi pula lepas ni..urmm

Seperti biasa waktu cuti ni aku mesti bangun lambat sikit.. sampai my mum kena masuk bilik tarik selimut.. baru aku ni bangun..hehe.. malas nye la zai ni kan.. biase la..bila cuti jer la aku dapat tido dengan puas... bangun jer dari tidur aku pergi  basuh muka..gosok gigi.. lepas tu sarapan.. dah selesai aku pergi tolong my mum kat dapur pula.. sian my mum selalu sibuk dengan kerja rumah..menjahit lagi.. time cuti jer la aku dapat bantu die buat kerja rumah ni, walaupun tak banyak aku tolong,, ringan sikit beban die kan.. urmm.. aku call cuk tadi.. die angkat terus macan tak ada mood nak cakap dengan aku.. tapi kenapa? apa salah aku kat die? aku rasa aku tak ada pun buat apa2 yag salah.. kenapa die nak tak ada mood dengan aku?? aku tak tahu apa masalah die.. kdg2 aku tak boleh nak faham die, walaupun aku dah lame couple dengan die... urmm,,mungkin aku nie tak boleh nak faham apa yag die nak? tapi aku cuba juga untuk faham, aku bosan couple asyik nak gaduh jer.. kdg2 dah happy.. esok gaduh lagi..aku pernah cakap kat die, pemikiran aku dengan die memang tak same..sekurang-kurangnya aku cuba jadi awek die yag bagus..urm. pening kepala aku..

Jumpa cuk,,=)

Assalammualikum...
Hari ni bangun jer dari tidur, aku terus gosok gigi..basuh muka,,malasnya nak bangun sebenarnya...lepas tu aku tolong my mum buat kerja rumah..sian my mum..dah la selalu sibuk dengan kerja, time cuti ni jer la aku dapat tolong sikit2.. Lepas selesai tolong buat kerja rumah aku pergi mandi.. haa,,, busuk sudah!! dah mandi aku rehat sekejap.. dalam pukul 2.30 petang aku pergi jumpa cuk kat rumah die.. lame dah tak pergi rumah die.. mak die pun asyik tanye aku jer... aku bukan ape.. mak die memang peramah dan baik sangat.. tapi aku pula yang jadi segan.. hehe.. dah sampai rumah die, aku tunggu die siap jap.. lepas tu., kitaorang keluar makan..ingat nak makan kat kfc...tapi ramai orang la pula....kepunan la gamaknya aku ni nak makan kfc.. dari hari tu aku nak makan kfc,, tak dapat2.... tapi, tak per la.. kitaorang pun pergi makan kat kedai biasa jer.. lepas pergi makan, dah tak tahu nak pergi mane pula.. aku pun lepak jer la kat rumah die.. sembang2 kat depan.. dalam pukul 6.45 macam tu, aku terpakse la gerak balik rumah, takut my mum risau pula balik lambat2 ni.. rindu kat die.. walaupun dah jumpa 1 hari mesti rasa macam tak puas lagi..hehe.. nanti ada mase lagi.. kite jumpa ok sayang.. sayang die sangat.... 

Thursday, 24 March 2011

hari khamis

assalammualaikum..
penat sangat hari ni..aku tak berapa sihat hari ni..demam ar..tibe2 pulak aku demam..muka pun tak ada mood jer..kepala pun pening..ingat nak mc jer tadi..tapi aku masih larat lagi untuk pergi ke class, so tak jadi la ambik mc..class hari ni aku belajar cara m'ghias kek..memang tak tahu nak buat corak ape yang menarik!??,sebab tak penah lagi hias2 kek ni... kiteorang ada 4 kumpulan. setiap kumpulan ada 4 orang ahli, cuma kumpulan 4 jer ada 3 ahli. kiteorang telah sedaya-upaya untuk m'ghias kek,cewah! hehe.. jd begini la hasil nya..

 Antara bahan untuk buat buttercream ialah
creamwell, mentega, gula pasir, air, perasa


SPK 4B
ni kumpulan1
arina, anis, acap dan mira

aku kumpulan 2
maaf la..tak sempat la nak ambik gmbar group aku..aku cuma nak tunjukkan hiasan kek kumpulan aku ni jer..

ni ahli kumpulan 3
aku pun tak tahu mane ahli2 die yang lain..nme dia wani

ni kumpulan yang akhir skali iaitu 4
mas, iqbal dan kak itah

tu lah antara hiasan2 yang telah dihasilkan pada ari ini..=)



Wednesday, 23 March 2011

Langkah-langkah yang tepat

 Mereka mengatakan bahawa air setitis demi setitis apabila dihimpunkan akan dapat membentuk sebuah aliran air yang deras. Sesungguhnya kita sering mengalami kegelisahan, tiada lain kerana kita hanya mahu melakukan suatu pekerjaan sekaligus, yang kemudian itu membuat kita merasa letih dan bosan, lalu meninggalkannya. Padahal jika kita melakukannya sedikit demi sedikit, dan setahap demi setahap sesuai dengan perancangan kita, pasti kita akan mampu melaluinya dengan tenang. Insyallah.

Tuesday, 22 March 2011

Love Fotografi !!


Antara koleksi gambar-gambar my BFF..




Huzaifah , fatin arina , nor hanis najuwa , ireana akmar , norizatul atikah
tapi gambar tikah tak ade la..sbb tikah study kt lumut..jauh.. kiteorang kenal sejak zaman sekolah lagi.. form1 kiteorang 1 class.. dari situ la kami mula rapat, ke mana2 pun mesti berlima, bila dah naik form5 aku rapat dengan ina sebab kiteorang 1 class.. ana pula 1 class dengan anis..cuma tikah jer class lain.. walaupun tak sama class kiteorang tetap bersama..sepanjang perkenalan kami,.macam2 yang telah berlaku,, sampai ada yang dengki dengan persahabatan kami ni.. aku pun tak faham kenapa perlu ada sikap yang macam tu..? sedih sangat bila ingat balik..tikah belajar kt ikm, lumut..aku, ina, ana dengan anis jer kat kolej komuniti sabak bernam ni..sampai sekarang ada juga yang dengki dengan kiteorang ni.. nak katekan aku ambik pakwe orang..?? tak ada pun.. kacau hubungan orang.. lagi la tak dek.. buang masa jer aku kacau hubungan orang.. baik aku jage hubungan aku dengan pakwe aku sendiri.. betul tak? tapi aku dengan kwn2 aku ni jenis buat tak tahu jer. malas nak bising2.. kalau gaduh pun tak dapat apa.. betul tak? buat malu kaum perempuan jer.. biar la orang nak cakap apa pun.. janji kite jujur... biasa la mulut orang tak boleh nak tutup..nanti dah penat bercakap hal orang,,berhenti le..  yang aku harap semoga persahabatan kami ni kekal sampai bila-bila.. insyallah.. aku sayang kwn2 aku.. LOVE YOU..^_^

hari selasa di kolej...

assalammualaikum..
hari ini seperti biasa aku pegi kolej,, hari ni ada ujian la..aduh..kena la study lg..mlsnye..clss hari ni tak byk sangat. Hari ni aku dengan partner aku ireana akmar dh tampal carta organisasi PRS.. aku dan ireana akmar memegang jawatan sebagai exco keceriaan..mungkin sbb kiteorang ni selalu ceria kot..haha..
zai dan ana, ina pun nk m'yelit jgk kt sebelah....

Monday, 21 March 2011

cinta dan remaja

Tidak dapat dielakkan lagi! Cinta dan remaja-dua perkara  yang bagaikan sudah sebati .kisah suka duka cinta remaja  sering menjadi bait-bait lirik dan alunan melodi para  pencipta lagu dan sajak.ianya menjelma menjadi ayat-ayat  indah para penyair. Habis segala ciptaan tuhan dijadikan  metafora dan analogi. Embun, pelangi, salju, bulan, dan  bintang semuanya dijadikan lambang bagi memuja kekasih  hati. Tidak percaya? Dengar lah lagu yang beralun di  corong radio dan mp3.. Hampir 80% daripada nya adalah  lagu cinta.

Begitulah eratnya remaja dan cinta hingga kita seolah-olah  tidak dapat membayangkan adanya hubungan remaja  yang lain selain hubungan cinta. Seolah-olah remaja tidak  ada hubungan dengan iman,remaja dengan  perjuangan,remaja dengan dakwah,remaja dengan  keusahawanan,dengan kepimpinan dan sebagainya. Yang  ada hanya remaja dan cinta.

YA! Perubahan biologi dan psikologi di alam remaja  menyebabkan mereka menjadi peneroka alam cinta yang  serba baru dan indah.



hehehe..

ia disebutkan tentang cinta, pasti terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet.
Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony,atau Qaisy yang sanggup menjadi majnun (gila) demi cinta nya Laila. Itulah deretan cinta rekaan dan khayalan. Namun realitinya tidak kurang hebat. Ramai remaja sanggup meninggalkan ibu bapa dan keluarga semata-mata kerana cinta.

             kata pantun : "nasi lemak buah bidara,sayang selasih hamba lurutkan
                                       buang emak buang saudara,kerana kasih hamba turutkan."

Malah ada yang sanggup menukar agama kerana cinta. Ah,manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari. Kalau kita menonton filem Hindustan...kekadang cinta seolah-olah dinobatkan sebagai Tuhan….segala-galanya kerana cinta..(mere mohabbat he!)

Rasa cinta bertandang ke dalam jiwa tanpa diundang dan diminta. Keinginan itu tidak payah dicari dan dipelajari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadang kala ia cuba di lawan,namun rasa yang 'ajaib' itu datang juga. Tidak kuasa hati untuk menolaknya.bah ayat! Hehe..

Bijak pandai pernah mengingatkan," jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia. Pertama, yang sedang lapar. Kedua,yang sedang sakit. Dan ketiga,orang yang sedang mabuk cinta." kenapa? Kerana orang yang sedang lapar akan memikirkan perutnya. Orang yang sakit,sedang derita menanggung sakitnya. Orang yang bercinta pula,hanya akan memikirkan orang yang dicintainya. Dia seolah-olah sedang mabuk dan sedang berada di alam yang lain. Orang nampak dia,tapi dia tak nampak orang…. Anda pernah terserempak dengan pasangan kekasih di stesen bas atau stesen komuter?? Semua orang 'malu' melihat gelagat mereka, tapi mereka tak sedar diri.

      cuba bayangkan...sedemikian indah syurga,namun Nabi Adam a.s kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah s.w.t ciptakan Siti Hawa sebagai pasangan yang dicintainya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu  akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicinta. " rasa cinta pasti ada…. Pada makhluk yang bernyawa,"….

Be yourself

Ada tiga kecenderungan yang akan dialami oleh manusia dalam hidupnya, iaitu kecenderungan untuk mengikut, kecenderungan memilih dan kecenderungan mencipta.
Maksudnya dengan kecenderungan mengikut ialah meniru sikap orang lain,dan menyerupai sifat2 mereka hingga melebur diri sendiri. Berlakunya kecenderungan ini ialah kerana rasa kagum dengan orang lain dan sangat menyukainya. Bila kecenderungan ini berlebihan, ia akan mendorong sebahagian dari mereka untuk meniru semuayang dilakukan oleh orang yang dikaguminya, baik dalam hal gerakan, cara bercakap dan lain-lain. Bila sudah sampai tahap meniru seperti ini, sama saja ia mengubur hidup-hidup peribadi sendiri dan membunuh potensi yang ada dalam diri sendiri.
Anda akan dikenali melalui sifat dan kemampuan anda sendiri jadi tidak perlulah meniru sifat orang lain, jadilah diri sendiri itu lebih baik..=)

Sunday, 20 March 2011

kepenatan but still happy,,=)

Hai !! ari nie memang penat sgt2 sbb tak cukup rest.. dari hari khamis sampai la hari sabtu aku tak dapat nak menikmati tidur yang nyenyak! memang stress la,, disebabkan ade maskom..aku juga telah dipilih menjadi budak sepanduk..haha.. memang lawak la.. sebab aku ni tak cukup ketinggian tau,, tapi aku terpilih juga untuk jadi budak sepanduk ni,, apa2 pun aku bersyukur la.. dah dapat peluang,, serius memang aku malu giler,, dan aku memang tak biasa.. maklum la.. belum ada keyakinan diri sepenuhnya.. lagi2 aku kena berjalan dengan kasut tinggi..arh!! lagi la tak biasa.. aku ni jenis selambe jer,.. pergi kolej pun kasut tak bertumit.. aku lebih pentingkan keselesaan.. ha,, just be yourself right?? tapi aku sahut cabaran juga.. haha.. akhirnya aku berjaya berjalan dengan kasut tumit setinggi 4 inci tu,, tuhan jer la tahu macam mane seksa nya aku berjalan.. macam kengkang pun ade..hehe.. lepas tu memang sakit kaki le.. sampai sekarang.. rase nak cabut kaki jer..pape pun kwn2 aku banyak bagi sokongan.. thanks!! yang paling aku teruja sangat tu... my mr. dengan my family datang untuk memberi sokongan.. so sweet... terharunya....... love you all..! Tapi walau macam mane pun hari  nie aku sempat lagi keluar date bersama my mr.cuk ahmad zamri..hehe..sakit2 pun nak juga pergi date zai ni..ish2...kitaorang pergi tengok wayang and jalan2 jer.. untuk hilangkan rasa bosan aku kat rumah..best sangat jalan2 dengan die.. dah lame aku
 tak keuar dengan die..maklum la aku nie agak bz sikit..nasib mr.cuk aku nie memahami aweknye..hehe..thanks syg!! i love you so much..



miss zai_khan^ mr.cuk_ zamri



Wednesday, 16 March 2011

Jangan Bersedih...dan bersabarlah,,

 Menurut kalangan yang bijak bistari : " untuk menyelesaikan suatu masalah yang tidak ada jalan keluarnya adalah dengan bersabar."
Dikatakan : " Barangsiapa yang selalu bersabar, pasti akan peroleh kemenangan."
Antara peribahasa arab yang dikaitkan dengan sabar :


  • Sabar adalah kunci kejayaan.
  • Barangsiapa bersabar, maka dia akan berjaya mengatasi permasalahan.
  • Tatkala musibah yang menimpa itu sedemikian berat, pasti akan datang kebahagiaan.

Tuesday, 15 March 2011

fairy..fairytale..fairy?

sangat suke fairytale..and fairy..nampak macam same tapi lain..haha ..aku mmg minat cerite fairytale..macam Cinderella,Snow White and macam-macam lagi laa..haha ..you guys patut search movie tu..terkenang gak kat zaman kanak-kanak dulu..

Sunday, 13 March 2011

what ?

okey..how to start?? hahaha.. Ok name aku HUZAIFAH BINTI MOHD FYROS KHAN.. boleh paggil aku zai or jepa..hehe..aku suke warne ungu, putih dan biru. Aku suke dga music!  aku baru jer nak try buat blog ni..sebab ape aku nak tulis? salah satu sebab hobi.. dan aku rase blog jer tempat aku boleh luahkan perasaan.. tapi, tak lah semua kite boleh luahkan.. aku ada 4 orang adik-beradik, aku yang ke-2.. aku bukan anak manje, manje pun sikit jer..hehe.. aku minat dengan bidang photografi ..tapi tak tau nak ceburi macam mane..haha
bile tengok hasil gambar tu,rasa puas dan happy sangat..kadang-kadang rasa sewel je..tapi,semua tu satu kepuasan..=)
miss huzaifah_khan