huzaifah_khan

huzaifah_khan
just be yourself,,

Monday, 21 March 2011

cinta dan remaja

Tidak dapat dielakkan lagi! Cinta dan remaja-dua perkara  yang bagaikan sudah sebati .kisah suka duka cinta remaja  sering menjadi bait-bait lirik dan alunan melodi para  pencipta lagu dan sajak.ianya menjelma menjadi ayat-ayat  indah para penyair. Habis segala ciptaan tuhan dijadikan  metafora dan analogi. Embun, pelangi, salju, bulan, dan  bintang semuanya dijadikan lambang bagi memuja kekasih  hati. Tidak percaya? Dengar lah lagu yang beralun di  corong radio dan mp3.. Hampir 80% daripada nya adalah  lagu cinta.

Begitulah eratnya remaja dan cinta hingga kita seolah-olah  tidak dapat membayangkan adanya hubungan remaja  yang lain selain hubungan cinta. Seolah-olah remaja tidak  ada hubungan dengan iman,remaja dengan  perjuangan,remaja dengan dakwah,remaja dengan  keusahawanan,dengan kepimpinan dan sebagainya. Yang  ada hanya remaja dan cinta.

YA! Perubahan biologi dan psikologi di alam remaja  menyebabkan mereka menjadi peneroka alam cinta yang  serba baru dan indah.



hehehe..

ia disebutkan tentang cinta, pasti terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet.
Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony,atau Qaisy yang sanggup menjadi majnun (gila) demi cinta nya Laila. Itulah deretan cinta rekaan dan khayalan. Namun realitinya tidak kurang hebat. Ramai remaja sanggup meninggalkan ibu bapa dan keluarga semata-mata kerana cinta.

             kata pantun : "nasi lemak buah bidara,sayang selasih hamba lurutkan
                                       buang emak buang saudara,kerana kasih hamba turutkan."

Malah ada yang sanggup menukar agama kerana cinta. Ah,manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari. Kalau kita menonton filem Hindustan...kekadang cinta seolah-olah dinobatkan sebagai Tuhan….segala-galanya kerana cinta..(mere mohabbat he!)

Rasa cinta bertandang ke dalam jiwa tanpa diundang dan diminta. Keinginan itu tidak payah dicari dan dipelajari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadang kala ia cuba di lawan,namun rasa yang 'ajaib' itu datang juga. Tidak kuasa hati untuk menolaknya.bah ayat! Hehe..

Bijak pandai pernah mengingatkan," jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia. Pertama, yang sedang lapar. Kedua,yang sedang sakit. Dan ketiga,orang yang sedang mabuk cinta." kenapa? Kerana orang yang sedang lapar akan memikirkan perutnya. Orang yang sakit,sedang derita menanggung sakitnya. Orang yang bercinta pula,hanya akan memikirkan orang yang dicintainya. Dia seolah-olah sedang mabuk dan sedang berada di alam yang lain. Orang nampak dia,tapi dia tak nampak orang…. Anda pernah terserempak dengan pasangan kekasih di stesen bas atau stesen komuter?? Semua orang 'malu' melihat gelagat mereka, tapi mereka tak sedar diri.

      cuba bayangkan...sedemikian indah syurga,namun Nabi Adam a.s kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah s.w.t ciptakan Siti Hawa sebagai pasangan yang dicintainya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu  akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicinta. " rasa cinta pasti ada…. Pada makhluk yang bernyawa,"….