huzaifah_khan

huzaifah_khan
just be yourself,,

Monday, 21 March 2011

Be yourself

Ada tiga kecenderungan yang akan dialami oleh manusia dalam hidupnya, iaitu kecenderungan untuk mengikut, kecenderungan memilih dan kecenderungan mencipta.
Maksudnya dengan kecenderungan mengikut ialah meniru sikap orang lain,dan menyerupai sifat2 mereka hingga melebur diri sendiri. Berlakunya kecenderungan ini ialah kerana rasa kagum dengan orang lain dan sangat menyukainya. Bila kecenderungan ini berlebihan, ia akan mendorong sebahagian dari mereka untuk meniru semuayang dilakukan oleh orang yang dikaguminya, baik dalam hal gerakan, cara bercakap dan lain-lain. Bila sudah sampai tahap meniru seperti ini, sama saja ia mengubur hidup-hidup peribadi sendiri dan membunuh potensi yang ada dalam diri sendiri.
Anda akan dikenali melalui sifat dan kemampuan anda sendiri jadi tidak perlulah meniru sifat orang lain, jadilah diri sendiri itu lebih baik..=)