Langkah-langkah yang tepat
Mereka mengatakan bahawa air setitis demi setitis apabila dihimpunkan akan dapat membentuk sebuah aliran air yang deras. Sesungguhnya kita sering mengalami kegelisahan, tiada lain kerana kita hanya mahu melakukan suatu pekerjaan sekaligus, yang kemudian itu membuat kita merasa letih dan bosan, lalu meninggalkannya. Padahal jika kita melakukannya sedikit demi sedikit, dan setahap demi setahap sesuai dengan perancangan kita, pasti kita akan mampu melaluinya dengan tenang. Insyallah.