Pukul 10.30 am aku, anis dengan su pergi perpustakaan pulak.. nak siapkan kerja yang tertangguh.. tibe2 rase lapar la.. kiteorang pun pergi la makan kt kedai yang berdekatan.. lepas makan, su ballik., die ckp die ade hal sikit.. aku dengan anis pergi melawat muzium kejap.. tapi melawat kat bahagian luar jer la.. bahagian dalam tak buka pulak.. cantik jugak muzium sabak bernam ni.. hehe..sempat juga aku bergambar dekat sekitar muzium tu.,, pukul 1.30 ptg, aku balik.. penat sudah..
 |
ni gambar aku yang tak berapa nak menawan selamat datang ke muzium sabak bernam... |
 |
pondok getah Replika pondok memproses getah cair kepada getah beku berbunga.
kelihatan peralatan yang digunakan sewaktu proses dijalankan.
|
 |
peralatan di pondok getah
TIMBA SUSU GETAH
-digunakan sebagai bekas untuk susu getah yang diambil daripada cawan susu getah hasil proses
torehan pokok getah.
TONG SUSU GETAH
-terdiri daripada 2 bahagian iaitu penutup dan tong. berfungsi sebagai tempat mengumpul
dan menyimpan semua susu getah cair.
TAKUNGAN GETAH
-digunakan sebagai bekas bagi takungan untuk membekukan susu getah.
DULANG
-tempat untuk melenyek dan menipiskan getah beku dengan tangan mengikut ukuran ketebalan yang
diperlukan sebelum ia dimasukkan ke dalam mesin.
MESIN GETAH
-berfungsi untuk menipiskan dan memanjangkan getah buku yang telah dilenyek.
MESIN GETAH BERBUNGA
-digunakan untuk menghasilkan corak dan memadatkan kepingan getah.
CUKA
-bahan yang dicampurkan ke dalam susu getah bagi bertujuan mempercepatkan proses pembekuan
dengan segera.
PENAPIS SUSU GETAH
-menapis dan membersihkan susu getah daripada sebarang kekotoran sampah , serangga dan sebagainya.
|